Wednesday, 18 December 2013

Polis larang sebar gambar 'patung Haji'

Gambar patung berhala berimej Islam warak boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyebarkan gambar patung berhala berimej orang Islam warak di laman sosial kerana gambar itu bukan saja belum dipastikan kesahihannya, malah boleh menyentuh sensitiviti agama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmat Isa, berkata walaupun belum menerima sebarang laporan polis mengenai kewujudan patung berkenaan, polis sudah membuat siasatan. 

 
“Hasil siasatan, kita belum dapat mengesan wujudnya patung seperti itu di kawasan Lumut ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas perkongsian gambar patung lelaki berkopiah dipanggil ‘Haji’ dan wanita bertudung dipanggil ‘Hajah’ di laman sosial yang dilaporkan diperoleh dari Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official yang menggemparkan apabila dikatakan mempunyai cubaan untuk menjatuhkan imej Islam.

Pasangan patung itu dikatakan terdapat di Lumut, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci lokasi ditemui.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib