Thursday, 26 December 2013

Pemain bola sepak lompat kelab tak berprinsip-Tengku Abdullah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah 
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain bola sepak yang ‘melompat’ ke pasukan  lain tanpa pengetahuan pasukan asal sebagai pemain yang tidak berprinsip.

Tengku Abdullah berkata, walaupun FAM telah menetapkan garis panduan bagi perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan lain, mereka terus melanggar peraturan itu dengan merundingkan perjanjian tanpa memberitahu pasukan lama.

“Itu tidak profesionallah… tak boleh salahkan FAM atau persatuan-persatuan (bola sepak)…pemain mesti ada prinsip dan perkara ini bukan baru hari ini berlaku.

“Tidak ramai (pemain) yang begini tapi hanya segelintir dan ini yang memburukkan senario bola sepak negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan sumbangan Yayasan Istana Abdul Aziz kepada 300 anak-anak mangsa banjir di kawasan Kuantan, di sini hari ini.

Isu perpindahan pemain tengah skuad bola sepak Pahang, Amirulhadi Zainal ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi apabila beliau disahkan telah terlebih dahulu mengikat kontrak selama dua tahun lagi dengan Pahang.

Tengku Abdullah bagaimanapun menggesa pihak terbabit agar menyelesaikan isu berkenaan secara baik.


“Saya anggap tidak ada pemain yang tidak boleh diganti, tetapi seeloknya pemain kena hormati perjanjian,” katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib