Monday, 23 December 2013

Pelakon Juvana Adam Shah selamat berkahwin dengan Fatin Nur Afifah

Adam Shah dan Fatin Afifah sah berkahwin.
BERTALU-TALU rasanya berita perkahwinan para artis bertebaran penghujung tahun 2013 ini.
Sabtu lalu, pelakon drama bersiri Juvana, Adam Shah telah menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon yang pernah dikenali melalui filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah.

Mula bercinta sejak awal tahun ini, pasangan itu dinikahkan di rumah keluarga Fatin di Puchong selepas waktu Asar.


Memang kacak dan jelita kedua-duanya tatkala berada di pentas pelaminan.

Jika anda masih ingat, nama Fatin pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan bercinta dengan seorang pengkid yang dikenali sebagai Putt.

Diharapkan dengan perkahwinan ini, tiada lagi cerita kurang enak yang akan didengar selepas ini.


Semoga ikatan yang terjalin antara Adam dan Fatin akan berkekalan buat selama-lamanya.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib