Sunday, 22 December 2013

Pasangan Shrek Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan

Nathan Gibbs dan Amanda di majlis perkahwinan mereka.
Perkahwinan di alam fantasi. Itu konsep perkahwinan Nathan Gibbs, 39 dan Amanda, 44, yang meraikan hari bahagia mereka dengan memakai pakaian Shrek dan Princess Fiona.
Menariknya, pasangan pengantin itu turut mewarnakan badan mereka dengan warna hijau .
Tetamu yang hadir juga memakai pakaian seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow daripada filem Pirates Of The Caribbean.
Selain meraikan majlis perkahwinan mereka, pasangan itu juga menganjurkan majlis tersebut dengan tema perkahwinan fantasi, bertujuan untuk mengumpul wang untuk tujuan penyelidikan kanser.
Tetamu memakai kostum filem.
Menurut Gibb, majlis itu merupakan satu acara amal yang dilakukan selepas ramai kawan-kawan mereka meninggal dunia akibat kanser.
“Dalam masa 15 bulan,kami kehilangan tujuh pelanggan akibat kanser. Ia merupakan sesuatu yang menyedihkan apatah lagi mereka juga adalah rakan-rakan kami,’’ katanya yang mengusahakan perniagaan menggosok baju.
Ketika pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan fantasi berkenaan, mereka turut menerima berita sedih apabila kakak Nathan disahkan menghidap kanser payudara.
“Ia amat mengejutkan kami, justeru kami mahu melakukan sesuatu untuk membantu mereka,’’ katanya.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib