Sunday, 22 December 2013

Motosikal diletupkan depan balai polis

Motosikal yang dibakar hanya tinggal rangka.
Sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand yang terletak kurang satu kilometer daripada Kompleks Imigresen dan Kastam Padang Besar.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi itu, gegaran serta bunyi dentuman ekoran letupan berkenaan turut dirasai di kawasan berdekatan sempadan Malaysia.
Difahamkan, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bom berkenaan dipercayai diletupkan menggunakan panggilan telefon bimbit.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib