Monday, 16 December 2013

Malaysia jadi mangsa taktik kotor tuan rumah

Ahmad Shahril Zailudin (kiri) berlawan Naing Thun.
"Kalau tengok cara dia menggelupur, nampak macam dah nak mati. Tapi apabila tengok dia boleh bangun dan kembali meneruskan pertarungan, jelas tiada semangat kesukanan ditunjukkan pesilat Myanmar itu."

Demikian luahan kecewa Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas pesilat negara, Ahmad Shahril Zailudin tewas 5-0 kepada pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Thun pada final kelas D Putera (60-65kg) di Stadium Tertutup Zeyar Thiri, pagi semalam.


Taktik dan lakonan dilakukan Naing Thun pada pusingan kedua itu gagal tetapi dibantu pula juri yang menafikan tiga mata mutlak daripada teknik jatuhan dilakukan Shahril pada pusingan ketiga, sekali gus membolehkan pesilat Myanmar itu memintas pungutan mata dan akhirnya berjaya memenangi pingat emas. 

Shahril sedih pingat emas dinafikan juri.
"Jatuhan dibuat Shahril itu jelas tiga mata dan sudah pun diberi. Tapi diminta dirujuk kepada juri dan dengan sokongan penonton serta kononnya Naib Presiden Myanmar turut hadir, ia jelas mempengaruhi keputusan juri. Apa pun kita takkan buat bantahan kerana menghormati temasya ini dan hanya akan bawa hal ini ke kongres silat, Januari depan," kata Megat Zulkarnain ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Shahril, 32, sendiri seolah tidak percaya dirinya gagal mencapai sasaran untuk menamatkan kariernya selepas pingat emas keempat Sukan SEA yang diburu dinafikan oleh tiadanya semangat kesukanan daripada pesilat Myanmar itu serta keputusan berat sebelah juri.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib