Friday, 13 December 2013

Malaysia belasah Laos 4-1

Malaysia terus mengutip tiga mata penuh dalam acara bola sepak Sukan SEA Myanmar
Gol kedua Malaysia dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri.
selepas mengalahkan Laos 4-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Zeyar Thiri di sini hari ini.


Skuad bawah 23 tahun negara dibawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila penyerang Ahmad Hazwan Bakri membuka jaringan seawal minit keenam perlawanan dari sebelah kanan padang.

Laos menggandakan serangan bagi mencari gol penyamaan namun gagal menembusi pertahanan negara yang dikawal kemas oleh K.Reuben dan Nazirul Naim Che Hashim.

Malaysia yang mengusai perlawanan turut melancarkan beberapa serangan menerusi kapten pasukan Mohd Irfan Fazail pada minit ke-35 namun melepasi palang gol.

Kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan negara, K Ruben mengudang padah kepada pasukan negara apabila beliau nenanduk ke belakang sepakan percuma yang dilakukan oleh pemain Laos Souk Aphone Vongchiengkham pada minit ke-41.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, Malaysia yang tertekan dengan kedudukan 1-1 memperkuatkan jentera serangan dengan melakukan beberapa cubaan merbahaya ke gawang gol Laos yang dikawal oleh Soukthavy Soundala.

Kegembiran Laos tidak kekal lama apabila Ahmad Hazwan menyelamat keadaan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 hasil hantaran lintang yang dilakukan oleh Mohd Irfan.

Kecelaruan pada pada pertahanan Laos mengundang padah kepada pasukan itu apabila pemainnya Ketsada Souksavanh menjaringkan gol sendiri pada minit ke-80.

Ahmad Hazwan mencipta hatrik apabila menjaringkan gol keempat negara pada minit ke-86.

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Malaysia dijangka akan menghadapi saingan mencabar apabila dijadualkan menentang Singapura pada perlawanan berikutnya, Ahad ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib