Wednesday, 11 December 2013

Lelaki ada tiga bini rogol remaja 13 tahun

Maz kenal lelaki melalui rakan sekolah.
Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.
"Papa memberi amaran supaya tidak menceritakan hal berkenaan kepada sesiapa termasuk keluarga dan mengulangi perbuatan terkutuk itu tiga hari kemudian di hotel sama.
"Pada mulanya, papa menyuruh saya tidur di hotel kerana hari lewat malam. Saya ikut sahaja apa kehendaknya dan tak sangka dia akan merogol saya," katanya kepada Harian Metro sambil ditemani ayahnya semalam.
Maz berkata, pada 30 November lalu, suspek sekali lagi mengajaknya ke hotel sama dan memberinya duit belanja.
Maz akui lelaki itu selalu memberi wang belanja.
Apabila Maz mengikut permintaan itu, dia sekali lagi dirogol buat kali ketiga.
"Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya melarikan diri dan menghubungi rakan yang kemudiannya menghantar saya pulang ke rumah," katanya.
Maz mendakwa selain dirinya, dua rakan sebayanya turut menerima wang bulanan daripada suspek dan mereka juga dirogol, namun tidak membuat laporan polis.
Sementara itu, ayah tiri Maz yang mahu dikenali sebagai Ikmal, 24, berkata melihat anaknya pulang dalam keadaan tidak bermaya pada 1 Disember lalu, dia mula menyoal anak gadisnya itu.
"Pada mulanya dia enggan bercerita, tetapi setiap hari saya mendesak sehinggalah pada 4 Disember lalu, dia mengaku dirinya dirogol oleh seorang lelaki yang bergelar bapa angkatnya.
"Mendengar cerita itu, saya terus membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sebelum cuba memerangkap lelaki itu," katanya.
Ikmal berkata, dengan menggunakan telefon bimbit Maz, dia menghantar mesej untuk berjumpa suspek di sebuah restoren berdekatan rumah mereka disini.
"Sebaik berjumpa, saya terus menyoal lelaki itu dan membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.
Menurutnya, polis mengarahkan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Amirudidin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan memberitahu suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, suspek yang ditahan sejak 4 Disember lalu kini ditahan reman sehingga esok dan meminta remaja lain yang pernah dirogolnya tampil membuat laporan polis.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib