Thursday, 19 December 2013

Izzue Islam Artis Malaysia Paling HANGAT Dalam Enjin Carian Google

Izzue Islam
Pelakon Izzue Islam berada di kedudukan paling atas dalam senarai selebriti Malaysia yang menjadi topik perbincangan menerusi enjin carian Google.
Mengikuti rapat ialah pelakon popular Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim.
Antara topik yang membabitkan pelakon Izzue Islam adalah majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen turut membintangi filem-filem popular antaranya Ular, Hantu Tok Mudim dan banyak lagi.
Di Anugerah Blokbuster 2, Izzue memenangi gelaran Hero Baru Terhebat.
Turut mendapat perhatian pastinya pelakon kontroversi Sharifah Sakinah yang sering memuat-naik topik-topik panas di laman sosial video Keek.
Selain itu, pelakon Ashraf Muslim turut menjadi topik carian popular apabila berita perkahwinannya yang kedua tersebar di media.
Senarai tahunan Zietgeist diumumkan oleh Google hari ini, dengan melihat tahun 2013 menerusi pencarian yang dilakukan oleh pengguna laman web di seluruh dunia.
Berikut merupakan senarai selebriti Malaysia paliing hangat dibincangkan menerusi Google. Klik Galeri Foto untuk senarai penuh tahunan Zietgeist Google.-mnh
Selebriti Malaysia (Topik Trending);
1. Izzue Islam
2. Emma Maembong
3. Sharifah Sakinah
4. Nelydia Senrose
5. Ashraf Muslim
6. Fizz Fairuz
7. Afiq Muiz
8. Adi Putra
9. Fiza Elite
10. Amar Asyraf

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib