Wednesday, 11 December 2013

Harimau Muda berhempas pulas tewaskan Brunei

Kapten Irfan Fazail di bawah perestasi sebenar.
Jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee boleh disifatkan sebagai individu paling tidak gembira selepas melihat skuad kendaliannya sekadar menang 2-0 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA Myanmar.

Perkara yang paling membuatkan Kim Swee berasa geram adalah melihatkan ketumpulan penyudah anak-anak buahnya yang bagaikan gementar setiap kali berada di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih boleh menarik nafas lega kerana tiga mata berjaya digenggam pada perlawanan pertama sekali gus memastikan kempen negara pada acara bola sepak masih berjalan dengan lancar.

''Terus-terang saya memang tidak gembira dengan persembahan kita, walaupun berjaya mencipta banyak peluang namun gagal menyempurnakannya.

''Kegagalan kita memanfaatkan peluang secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada lawan untuk melancarkan serangan.

''Kita perlu memperbaiki kelemahan kita pada perlawanan akan datang terutama di bahagian sayap dan serangan.

''Bukan sekadar Izzaq Faris (Ramlan), tetapi beberapa pemain lain seperti Thamil Arasu, Rozaimi dan Irfan Fazail juga gagal menyudahkan peluang," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan, semalam.

Rozaimi jaring gol pertama lawan Brunei.
Tambah Kim Swee, Brunei juga beraksi sebagai satu pasukan yang bagus, malahan beberapa serangan balas yang mereka lakukan hampir memerangkap pasukannya.
''Semasa mereka bertahan dan berpeluang melakukan serangan balas, mereka memang sebuah pasukan yang nampak berbahaya.

''Mujur kita mampu bertahan dengan baik di samping lawan gagal menyempurnakan peluang yang ada," katanya.

Sementara itu, jurulatih Brunei, Kwon Oh Soon, mengakui sedikit terkejut melihat cara permainan pasukan Malaysia.

''Setahu saya Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus dan pernah menyaksikan cara anda bermain.

''Cuma pada hari ini saya nampak persembahan mereka tidak begitu menjadi dan kesempatan itu diambil oleh para pemain saya," katanya.

Jangkaan awal untuk Malaysia menang dengan jaringan besar ternyata meleset apabila hanya dua gol mampu dicipta melalui Mohd. Rozaimi Abd. Rahman, pada minit ke-30 dan Ashri Chucu pada minit ke-70.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib