Saturday, 21 December 2013

Guru penolong kanan, warga Pakistan didakwa buat filem lucah

Suspek diiringi polis ke mahkamah.
Seorang guru penolong kanan dan lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menghasilkan filem lucah di sebuah kediaman di Pangsapuri Bukit Beruang Utama, Bukit Beruang, di sini bulan lalu.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang dituduh melakukan perbuatan bertentangan dengan kesopanan awam itu kira-kira jam 8.30 pagi 16 November lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh. 

 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di Batu Berendam itu yang tidak diwakili peguam, memohon wang jaminan rendah kerana masih menanggung enam anak dan suaminya tidak bekerja kerana sakit. Muhamad Usman yang berniaga jubah turut membuat rayuan sama atas alasan menanggung isteri di Pakistan.

Muhamad Usman, (kanan) dan Irfan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Melaka, semalam.
Selepas membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 dan Muhamad Usman dijamin RM10,000 bersama dua penjamin, selain diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, Mohd Firdaus menetapkan 23 Januari untuk sebutan kes bagi tujuan pelantikan peguam. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak.

Di Mahkamah Majistret berasingan, rakan senegara Muhamad Usman, iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, yang juga peniaga jubah, didakwa memeras ugut hingga mendorong Lizah menyerahkan RM10,000 pada jam 12 tengah hari, 20 November lalu di depan sebuah restoran di Bukit Beruang.


Dia dituduh di depan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan. 


Irfan juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga, masing-masing atas kesalahan memiliki sebuah pemacu storan media jenama Kingston serta telefon bimbit mengandungi filem lucah di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Panglima Awang, jam 6.45 petang 30 November lalu.

Bagi dua tuduhan itu, dia yang diwakili peguam, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk tuduhan keempat, dia pada jam 7.30 malam, tarikh yang sama didapati memiliki sebuah komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, di sini dan didakwa mengikut seksyen sama seperti tuduhan kedua dan ketiga. Irfan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM13,000 sebelum menetapkan 7 Januari untuk sebutan semula. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib