Thursday, 19 December 2013

GEMPAR…Puting Beliung Melanda Johor Bahru?

FENOMENA puting beliung baru sahaja berlaku petang tadi di Johor Bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar Johor Bahru dan Singapura.
Namun pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan.

Alhamdulillah, sekiranya berterusan pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.

Untuk rekod, Malaysia pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kejadian berlaku di PPR Seksyen 8 di mana puting beliung itu telah merosakkan kesemua kanopi 30 gerai penjaja disitu (Wiki). – Tengok TV Online



NOTA: Ada yang mengatakan apa yang berlaku ini dikenali sebagai  belalai air. Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. Wallahualam.



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib