Tuesday, 24 December 2013

Fast and Furious 7 ke layar perak 2015

Babak terakhir lakonan Paul Walker dalam filem FF7.
Filem aksi Fast and Furious 7 yang sebelum ini tergendala akan ke layar perak pada 10 April 2015, kata bintangnya, Vin Diesel kelmarin.
Pembikinan Fast Furious 7 sebelum ini dibatalkan berikutan kematian mengejut aktor Paul Walker dalam satu kemalangan kereta di Santa Clarita, selatan California pada 30 November lalu.
Pengumuman mengenai perkembangan terbaharu itu disiarkan di laman Facebook Vin Diesel.
"Dia (penerbit) mahu anda (Walker) menjadi orang pertama tahu tentang berita ini," kata Vin Diesel merujuk kepada mendiang.
Fast Furious 7 yang merupakan filem ketujuh mengenai perlumbaan kereta sebelum ini dijadual ditayangkan pada 11 Julai tahun depan.
Sebelum kematiannya, Walker menjadi simbol budaya lumba kereta jalanan ekoran lakonannya sebagai seorang pegawai polis, Brian O'Conner dalam siri filem Fast and Furious.
Siri filem tersebut memperoleh kutipan keseluruhan melebihi AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam tayangan di seluruh dunia setakat ini. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib