Wednesday, 18 December 2013

Dua pemain bola sepak Pahang mengaku berkhalwat

Amirul Hadi Zainal dan Zaiza Zainal mengaku berkhalwat
Dua pemain bola sepak Pahang bersama pasangan masing-masing, semalam didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah selepas mereka mengaku salah berkhalwat di Hotel Vistana, di sini 10 September lalu.

Hukuman ke atas Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, serta pasangan masing-masing, Zuraida Muhammad, 26, dan Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, dibacakan Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali.

 Terdahulu Ketua Pendakwa Syarie, Sallehuddin Abdul Manaf memohon hukuman maksimum terhadap pasangan berkenaan kerana mereka yang didakwa mengikut Seksyen 145(1)(2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga enggan merayu atas kesalahan yang dilakukan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Abdul Wahid bagaimanapun memutuskan keempat-empat tertuduh yang tidak diwakili peguam, dikenakan denda RM1,000 dan menasihatkan mereka bertaubat serta berkahwin, selepas mengambil kira ia kesalahan pertama dilakukan mereka.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib