Monday, 23 December 2013

Danok Tenang, Polis Masih Kawal Ketat Kawasan Letupan

Polis mengawal ketat kawasan letupan.
Kawasan letupan bom di Hotel Oliver, Pekan Danok masih dikawal rapi oleh polis Thailand, walaupun kawasannya kembali tenang dan pulih seolah-olah tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebelum ini.
Tinjaun Bernama mendapati premis peniagaan di kawasan berdekatan letupan beroperasi seperti biasa.
Gabenor Songkhla, Girisada Booncharn dijangka melawat tempat kejadian tengah pada Isnin.
Lima letupan pada pagi dan petang Ahad di Padang Besar, Danok dan Sadao mengorbankan dua orang rakyat Thai sementara 25 lagi cedera.
Lokasi letupan semalam.
Tiada rakyat Malaysia yang dilapor terkorban.
Seorang peniaga kedai makan di Pekan Danok, Adul Halim Mahmud, 51, berkata kejadian itu yang pertama kali berlaku di Pekan Danok amat memeranjatkan penduduk.
Beliau berkata sepanjang 30 tahun beliau tinggal di Pekan Danok, inilah kejadian pengeboman pertama berlaku yang mempunyai motif tertentu.
"Kejadian ini mungkin memberi kesan terhadap kedatangan pelancong asing khususnya daripada Malaysia ke selatan Thai," katanya.
Adul Halim yakin keadaan terkawal dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi.-bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib