Monday, 16 December 2013

Bung Mokhtar ‘Celebrate’ Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Zizie

Bung Mokhtar memotong kek bersama Zizie Ezette.
Diam tak diam sudah masuk tahun keempat perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan isterinya, selebriti cantik Zizie Ezette.
Sempena meraikan ulangtahun mereka, sebuah majlis bertemakan hitam dan putih telah diadakan baru-baru ini.
Zizie dan Bung menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.
Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah ahli keluarga Zizie iaitu ibunya, Khaty Fauziah, abang serta kakak Zizie, Samzy Fuzeete dan Jozieta.
Selain itu, rakan artis yang akrab dengan Zizie iaitu Zahida Rafik turut hadir memeriahkan majlis.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi majlis ini diadakan.
Jom layan gambar-gambar romantis pasangan ini dulu yang diperolehi menerusi akaun Instagram masing-masing!-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib