Monday, 23 December 2013

Amirulhadi Zainal kuncin mulut isu pindah ke JDT

Amirul Hadi Zainal enggan komen isu berpindah ke JDT.
PEMAIN lincah, Amirulhadi Zainal terus memilih untuk ‘berdiam diri’ daripada menerangkan status sebenarnya bersama skuad Tok Gajah, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Meskipun dilaporkan sudah didaftarkan dalam senarai skuad Pahang untuk Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan, tiada tanda membuktikan bekas pemain Selangor itu bersama pasukan Pantai Timur itu.

Sebelum ini, Amirulhadi dilihat hadir pada sesi latihan ringan, warm-up dan duduk di bangku simpanan ketika Johor Darul Ta’zim menentang Tampines Rovers FC.

Terkini, beliau diperkenalkan kepada penyokong Harimau Selatan di Stadium Larkin, kelmarin selaku salah seorang pemain Johor Darul Ta’zim bagi musim hadapan dengan memakai jersi nombor 13.

Cubaan media untuk mendapatkan komennya berhubung status sebenarnya dengan pasukan Pahang gagal apabila Amirulhadi segera ditarik oleh pihak keselamatan untuk segera menaiki bas bersama pemain lain.

Meskipun begitu, pemain berusia 27 tahun itu sempat untuk memberikan senyuman kepada lensa kamera selain bertanya kepada pemberita soalan apa yang mahu dijawabnya sebelum beliau diarahkan menaiki bas.


Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan Amirulhadi dan menyerahkan keputusan status pemain itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikannya.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib