Wednesday, 18 December 2013

Almeida merajuk, letak jawatan jurulatih T-Team

Eduardo Almeida letak jawatan latih T-Team.
Ketua jurulatih dan Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda (T-Team), Eduardo Almeida meletak jawatan berkuatkuasa serta merta - dipercayai kecewa selepas tidak dilantik sebagai jurulatih skuad utama T-Team.

Jurulatih berusia 35 tahun yang mempunyai kontrak bersama T-Team sehingga Mac 2014 itu sudah menghantar surat meletak jawatan Isnin lalu dan menerima dua tawaran kelab Portugal dan Hungary serta ketua jurulatih kebangsaan Tanzania.


“Saya sentiasa menunggu dan yakin pengurusan akan memberi peluang untuk melatih T-Team untuk musim 2014, tetapi ia tidak menjadi kenyataan mereka memilih Azraai (Khor Abdullah) sebagai ketua jurulatih.

“Keputusan ini memang berat, tetapi saya terpaksa memilih soal masa depan dan cita-cita,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib