Monday, 16 December 2013

Adik Paul Walker jadi pengganti dalam Fast and Furious 7

Cody ketika bersama abangnya Paul Walker.
WATAK utama filem aksi Fast and Furious 7 dilaporkan akan diterajui adik mendiang Paul Walker iaitu Cody Walker.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Cody, 25, yang juga seorang "stuntman" bakal mengambil alih tugas itu sekaligus menghabiskan pembikinan filem aksi itu bagi menggantikan mendiang abangnya yang meninggal dunia awal bulan ini.

"Pada masa ini, kita sedang berusaha memberi sokongan kepada keluarga terdekat Paul dan keluarag besar Fast and Furious serta dan krew filem lain.

"Pada masa ini, kita merasakan adalah perlu untuk menghentikan seketika pembikinan filem ini untuk suatu tempoh masa tetapi kami memilih untuk terus bergerak ke depan," kata jurucakap Universal Studio.

Tambahnya, Universal Studio juga memahami perasaan peminat terhadap kehilangan Paul.
“Sehingga kini, kita tahu peminat juga turut berkabung bersama kami bagi menghormati pemergian Paul Walker," tambahnya.

Sebelum ini, Paul yang melakonkan watak utama sebagai Brian O'Connor yang dimainkan dalam lima daripada enam filem tersebut.
Paul meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California, awal bulan lalu.

Dalam pada itu, memetik laporan Mail Online, pemilihan Cody dibuat selepas pihak penerbit adakan mesyuarat selepas kematian Paul.

Laporan tersebut dipetik sebagai berkata, pihak penerbitan akhirnya menyedari mereka memerlukan watak yang mempunya rupa mirip Paul untuk menghabiskan filem itu.

"Mereka akan hanya merakamkan daripada arah belakang dan jarak.
"Bagi syot yang memerlukan 'close-up' wajah Paul, pengarah akan menggunakan teknik CGI.

"Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi pada waktu sekarang, pihak produksi dan keluarga Paul masih berkabung," kata sumber.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib