Friday, 6 December 2013

(15 Gambar) Lamborghini hancur kemalangan dan hangus terbakar

Tiga Lamborghini terlibat nahas di Lebuh raya Plus Seremban.
Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.-sh














0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib