Sunday, 1 December 2013

10 Gambar Pelakon The Fast and the Furious Paul Walker maut kemalangan


Keadaan kereta yang dinaiki Paul Walker dan kawannya
Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.

Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.
Paul Walker meninggal dunia pada umur 40 tahun.

Admin Facebook Paul Walker mengesahkan kematian pelakon itu.
Paul Walker bersama krew dan pelakon Fast & Furious.

Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.
Kereta Porsche hangus terbakar.


Kereta Porsche hangus terbakar.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.-astro awani

Paul Walker ketika ini masih terlibat pergambaran filem The Fast & Furious 7.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib