Saturday, 30 November 2013

Piala FA : Johor DT, Kelantan dapat bye, Pahang berdepan laluan berliku

Jadual bagi laluan pasukan dalam Piala FA 2014.
Tiada sebarang laluan mudah menanti pasukan-pasukan pilihan dalam saingan 2014 Piala FA dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang terpaksa bertemu Perak seawal pusingan pertama sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijadualkan berdepan Sime Darby.

Namun, yang paling tersenyum sudah tentu juara bertahan, Kelantan yang mendapat bye pada pusingan pertama sebelum menentang pemenang antara pasukan dari Liga Perdana, Sabah atau pendatang Liga FAM, Kuantan FA dan diramalkan tiada masalah untuk layak ke suku akhir.

Satu lagi pasukan yang mendapat bye adalah Johor Darul Takzim (JDT) yang muncul naib juara pada kejohanan lalu dan diramalkan bakal berentap dengan pasukan yang mendapat sentuhan Mohd Azraai Khor iaitu T-Team yang akan melayani UiTM FC pada pusingan awal.
Satu lagi pasukan yang dilihat mampu menggegar musim depan, Felda United, turut menempuh laluan berduri dengan bertemu Negeri Sembilan dan menanti mereka pada pusingan kedua sama ada ATM atau Sime Darby.

Lain-lain pertemuan memperlihatkan Kuala Lumpur menentang Kedah, Melaka bakal menanti kunjungan Perlis, Lions XII bertemu KL DRB Hicom FC, PKNS membuat perhitungan dengan JDT II dan Terengganu berdepan Pahang Kuantan Port.

Piala FA bakal direbut 30 pasukan.
Selangor dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk ke pusingan seterusnya dengan pemenang perlawanan Sarawak atau pasukan yang turun dengan imej baru pada musim depan, Pulau Pinang bakal ditemui di pusingan seterusnya.

Menurut jurulatih baharu Kelantan, Steve Darby, dia tidak berani membuat sebarang sasaran dengan meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan, namun tidak mahu memandang rendah akan kekuatan pasukan lain.

‘‘Musim depan masih belum bermula dan dalam bola sepak Malaysia, sukar untuk kita meramalkan apa yang terjadi ditambah kebanyakan pasukan mendapat sentuhan jurulatih baru.
‘‘Piala FA cukup penting buat kami kerana ia menjadi akses melayakkan diri ke Piala AFC, satu-satunya kejohanan yang boleh disertai oleh pasukan dari Malaysia setakat ini.

‘‘Walaupun kehilangan ramai pemain utama dari musim lalu, kehadiran pemain-pemain import seperti Mohamed Shawky yang pernah menjaringkan gol ketika bertemu Brazil di Piala Konfederasi dan kehadiran semula Mohammed Ghaddar, kami tetap rasa sebagai sebuah pasukan yang mantap, " katanya ketika ditemui selepas majlis undian, semalam.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib