Monday, 11 November 2013

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Kerana Strok

Ahmad Busu meninggal kerana strok.
Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.-mstar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib