Monday, 4 November 2013

Pak Guard rompak kedai emas ditangkap di lapangan terbang

Suspek berjaya ditahan di LCCT Sepang.
Pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di pusat membeli-belah di Setapak Khamis lalu, berjaya ditahan polis di Terminal Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, pagi semalam.

Lelaki Filipina yang berumur 27 tahun itu, ditahan pada jam 7 pagi bersama seorang rakan senegaranya berumur 28 tahun ketika mereka sedang menunggu penerbangan untuk ke Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang itu dengan menggunakan kad
pengenal palsu.

“Lelaki terbabit mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan hasil soal siasat polis. Lanjutan daripada itu, suspek utama dibawa polis ke sebuah rumah di Pandan Jaya.


Lokasi kejadian rompakan kedai emas.
“Kami berjaya menemui sepucuk pistol Smith & Weeson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit menggunakan kad pengenalan palsu beridentitikan dua lelaki Melayu tempatan.

Pada Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pengawal keselamatan nekad melarikan kira-kira 100 utas rantai leher.

Pengawal terbabit mengacukan pistol ke arah pengurus kedai itu dan meminta semua pekerja kedai tersebut mencangkung dan diam sebelum melarikan semua rantai emas terbabit.

Susulan itu, polis berjaya menahan dua orang lelaki di Sentul dan Shah Alam, Jumaat lalu untuk membantu siasatan.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib