Monday, 4 November 2013

Pahang tamat penantian 21 tahun juarai Piala Malaysia 2013

Wira Pahang Martias Conti jaring gol kemenangan.
Pahang berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas 21 tahun dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, di sini malam Ahad.
Anak buah Dollah Salleh mencatat kemenangan tipis hasil jaringan tunggal penyerang kelahiran Argentina, Matias Conti pada babak kedua permainan.
Kejayaan ini pastinya memusnahkan impian pasukan Kelantan untuk mempertahankan trofi ini yang dijulang tahun lalu.
Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza turut berada di Stadium Shah Alam.
Pada aksi perlawanan ini, keadaan padang yang basah menyaksikan permainan sedikit terencat memandang semua pemain kelihatan berhati-hati dalam melakukan gerakan.
Namun barisan pemain-pemain Pahang mula melakukan serangan selepas sepuluh minit permainan.
Gadis yang menyokong Pahang dan Kelantan.
Minit ke-20 rembatan kencang Azamuddin melambung tinggi, sebelum kapten Kelantan Badri Radzi (m-25) menyempurnakan sepakan percuma namun terbias ke benteng pertahanan.
Peluang Pahang untuk mencatat jaringan sulung hadir pada minit ke-27, namun Conti gagal menanduk hantaran tinggi daripada Gopinathan.
Minit ke-35 Norfarhan cuba melakukan serangan kencang namun berjaya ditepis penjaga gol Pahang, Khairul Azhan.
Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan yang seimbang.
Bersambung ke babak kedua, Pahang bangkit dengan corak serangan cuba mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dan menguji gawang Khairul Fahmi Che Mat.
Conti, 23, berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 melalui tandukannya yang gagal ditepis Khairul Fahmi.
Pasukan Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak kelihatan gagal menguasai posisi tengah, ditambah pula dengan kawalan ketat setiap pemain yang menyukarkan pergerakan mereka.
Pemain Pahang julang Piala Malaysia.
Percubaan skuad Kelantan untuk mencari gol penyamaan gagal dilakukan biarpun banyak peluang terbaik dicipta di depan gol lawan.
Pahang kekal dengan kedudukan 1-0 sehingga permainan berakhir.
Kejayaan ini juga merupakan trofi ketiga Pahang selepas turut mencatat kemenangan pada tahun 1983 dan 1992, manakala aksi ketujuh skuad Tok Gajah ini di pentas akhir.-mstar
Senarai Pemain
Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak
Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damon Deland Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib