Monday, 18 November 2013

Lana nordin: Kalau rasa berdosa jangan tengok gambar saya

Lana Nordin terkilan komen negatif dari peminat.
“Kalau rasa berdosa melihat gambar yang saya muat naik, jangan tengok. Kalau sudah tengok, diam sahaja dan jangan komen macam-macam.
“Saya bukan hipokrit dan jenis yang bercakap lantang kerana tidak suka diperlekehkan,” kata pelakon kontroversi, Lana Nordin. 
Malah menurut Lana, dia terpaksa menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial Instagram berikutan menerima komen lucah dan kritikan melampau batas.

Lana berkata, selama ini pengikutnya bebas memberi komen terhadap gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya asalkan tidak keterlaluan dan mengaibkan.
“Saya tidak boleh terima kalau orang itu bertindak kurang ajar. Kalau nak tegur, jangan sampai mengaibkan saya,” katanya.


Kata pelakon jelita itu, tindakan segelintir individu terbabit memaksa dia menyekat lebih 1,000 pengikut laman sosial berkenaan yang dianggapnya sudah melampau batas setiap hari.

“Ada sebahagian komen ini berunsur lucah dan saya tidak boleh menerimanya kalau ia terus berpanjangan,” katanya.

Menurut Lana, dia pernah menutup akaun Instagramnya sebelum ini namun dibuka semula untuk umum selepas ada pihak mengatakan dia sombong.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib