Saturday, 2 November 2013

Jepp Sepahtu muncul juara Super Spontan 2013

Jepp menerima hadiah kemenangan.
Finale Super Spontan 2013 telah melabuhkan tirai malam semalam yang menyaksikan Jepp Sepahtu muncul juara mengalahkan Johan yang berada di tempat kedua. Ia kekalahan kedua Johan selepas tewas kepada Zizan pada Super Spontan tahun lepas. Kesemuanya memang hebat-hebat dan kreatif ketika membuat lawak secara spontan.

Peserta final Super Spontan 2013.
Secara jujur, lawak Johan memang tampak lebih menarik berbanding peserta-peserta lain pada malam tersebut. Namun begitu, rezeki akhirnya berpihak kepada Jepp yang dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang RM100,000 tunai dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0. Jepp turut mendahului undian daripada awal.

Jepp dan kereta yang dimenangi.
Nabil berjaya menduduki tempat ketiga dan mendapat RM25,000 sementara Yus, Tauke dan Rahim masing-masing membawa pulang RM5,000 setiap seorang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah berjaya menghiburkan hati ribuan para penonton.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib