Monday, 25 November 2013

(Gambar) Kemalangan motosikal berkuasa tinggi BMW di Karak

Kemalangan melibatkan motosikal berkuasa tinggi BMW di Lebuh Raya Karak.
Selepas kemalangan antara lima buah kenderaan terjadi minggu lepas, semalam berlaku lagi satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi di tempat yang sama iaitu Lebuh Raya Karak. Mangsa yang berumur 38 tahun dan berasal dari Kuantan Pahang meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal dinaiki mangsa jenis  Superbike BMW S1000RR.
Mengikut sumber mangsa yang dipercayai berkonvoi  ketika kejadian terbabit maut ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Punca kemalangan masih dalam siasatan. Penunggang motosikal khususnya jenisSuperbike berisiko tinggi untuk terlibat kemalangan jalan raya. Berhati-hati kepada semua pengguna kenderaan.

Berita Sini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.









0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib