Saturday, 2 November 2013

Gambar Kemalangan lori kontena terbabas dekat Hospital Serdang

Mangsa cedera ringan.
Rabu lalu sebuah lori kontena telah terbabas di lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang dan kemalangan yang dahsyat itu turut membabitkan sebuah kereta SUV.

Di laman Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat dikongsikan satu video diambil dari seorang pemandu yang berada di belakang lori berkenaan.

Keadaan selepas terbabas.


Daripada video awal sebelum kemalangan itu, sudah dapat dilihat yang pemandu lori kontena itu seperti tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain sebaliknya membawa laju melebihi 100 km sejam.

Apabila tiba di laluan lurus, ia memecut sehingga gagal dikawal menyebabkan ia terbalik dan tercampak ke laluan ke laluan bersebelahan bertentangan yang menghala ke Kuala Lumpur.

Turut terlibat sebuah SUV Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri yang dalam dari Putrajaya. Pemandu SUV hanya cedera ringan.-mynewshub

Lori terbabas dan tercampak ke seberang jalan dalam kemalangan di Lebuh Raya SKVE berhampiran Hospital Serdang.




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib