Saturday, 9 November 2013

Emma Maembong akui Zizan lelaki paling rapat

Emma Maembong makin rapat dengan Zizan Razak.
Walaupun ramai yang sudah menghidu hubungan mesranya dengan pelakon serta pengacara, Zizan Razak, namun pelakon cantik, Emma Maembong memberitahu dia enggan terlalu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi, terutama kisah cintanya kerana mengakui pengalaman lepas banyak mengajar dirinya. 

Emma sudah jumpa keluarga Zizan.
Emma berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi terbarunya yang dilihat keluar berdua-duaan dengan Zizan dan kelihatan mesra seperti pasangan kekasih, biarpun sebelum ini masing-masing lebih selesa meletakkan status mereka sebagai kawan rapat.

“Emma mengaku ada keluar makan dan menonton wayang dengan Zizan tetapi kami bukan keluar berdua saja. Mungkin disebabkan kami dikenali jadi orang hanya nampak kami berdua sahaja. walhal ketika itu kami keluar bersama pengurus serta rakan-rakan yang lain,” jelas Emma ketika ditemui pada majlis pelancaran drama online, ‘SweetHeart Fantasia’ di Theaterrete Balai Berita NSTP Bangsar, petang Rabu. 

“Apa yang boleh Emma katakan, Zizan adalah lelaki yang rapat dengan Emma sekarang. Emma dah pernah berjumpa dengan keluarga Zizan dan begitu juga dengan Zizan yang dah berjumpa dengan keluarga Emma. Kalau boleh Emma tak mahu perbesarkan isu ini dan biarlah jodoh serta hal peribadi Emma menjadi misteri. 

Zizan minat wanita pan-asia.
Ini kerana pengalaman lalu banyak mengajar Emma agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu terbuka untuk bercerita mengenai hal peribadi. Dulu masa awal-awal masuk industri, Emma mengaku ada teman lelaki dan bila putus, orang kutuk Emma dan cakap Emma mencari publisiti murahan dengan kisah-kisah kontroversi. 

Sebab itulah, Emma tidak mahu terlalu bercakap mengenai kisah peribadi berbanding dengan kerjaya. Lagipun, ayah Emma sudah bagi nasihat agar jangan ada kontroversi yang boleh memburukkan nama keluarga. Jika tidak, dia tidak benarkan Emma berlakon lagi,” ujar Emma yang menghormati pesanan bapanya itu.

“Bagi Emma, jodoh itu adalah hal peribadi. Cukuplah peminat tahu yang sekarang Emma dalam proses mengenali hati budi dan jika ‘confirm’ antara kami berdua, Emma tidak akan sorok dan akan beritahu kepada semua,” ujar Emma.-gua

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib