Saturday, 9 November 2013

Annuar Musa bidas pemain reka cerita

Status facebook Annuar Musa.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menegaskan pemain The Red Warriors (TRW) yang mahu berpindah ke pasukan lain tidak perlu mereka-reka cerita, sebaliknya memberitahu perkara sebenar mengenai hasrat mereka itu. 

Norfarhan Muhammad
Annuar menegaskan dia terpaksa memujuk pemain terbabit untuk terus beraksi dengan TRW musim depan tetapi gagal kerana sebahagian daripada mereka meminta kenaikan gaji yang tidak dapat dipenuhi KAFA.

“Kita pun dah redha... yang nak pergi itu pergilah... tak usah reka alasan. Pintu KAFA tetap terbuka sampai sekarang. 

“Nak keluar (dari pasukan) boleh, nak masuk pun boleh, tutup pendaftaran (pemain) 17 Disember (ini),” katanya menerusi laman Facebook semalam. 

Tan Sri Annuar Musa
Annuar mengulas dakwaan pemain tengah Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad yang mendakwa dia berpindah menyertai Johor Darul Takzim (JDT) didorong tindakan Penasihat KAFA itu yang menyenaraikan namanya dalam Facebook sedangkan belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Selain Norfarhan, tujuh pemain lagi dikatakan bakal berpindah ke pasukan lain musim depan iaitu Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Azizi Matt Rose, Rizal Fahmi Rosid dan Mohd Izuan Solahuddin. 

Indra Putra sah beraksi bersama pasukan Liga Perdana, FELDA United FC, Mohd Shakir ke Selangor manakala Daudsu dan Subramaniam akan menyertai JDT.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib