Tuesday, 26 November 2013

(11 Gambar) Viva rempuh Bank di Sabak Bernam


Sangkanya pijak brek, rupa-rupanya tertekan minyak, itulah punca yang mengakibatkan seorang pemandu wanita warga emas merempuh sebuah pintu bank di Sabak Bernam, di sini, tengahari, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian jam 11.15 tengahari itu, mangsa yang berusia 61 tahun baru sahaja menyelesaikan urusan di bank berkenaan.

Menurutnya, sebaik keluar daripada bank itu, dia terus masuk ke dalam kereta Produa Viva milik menantunya dan memandu itu untuk pulang ke rumahnya di Parit Baru, Sungai Air Tawar.

“Bagaimanapun, dia terus memijak pedal minyak yang disangka brek lalu merempuh laju hadapan pintu bank berkenaan tanpa sempat dikawal,” katanya.

Noor Mushar berkata, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kelihatan terkejut dengan kejadian menimpanya.












Beliau berkata, difahamkan seorang pelanggan yang berada berhampiran pintu itu mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan kaca pecah.

Namun katanya, tiada sebarang laporan polis direkodkan mengenai kecederaan yang dialami mangsa tersebut.

Noor Mushar berkata, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan.-sh


1 comments:

  1. X SANGKA MAYBANK DAH ADA DRIVE THRU...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib