Thursday, 24 October 2013

Pekin Ibrahim nekad putus tunang dengan Uqasha Senrose

Uqasha Senrose dan Pekin ketika bertunang.
Kecewa dengan sikap tunangnya yang masih tidak berubah, aktor Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 33, nekad memutuskan pertunangan apabila mengetahui Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen menjalin hubungan cinta secara senyap dengan pelakon kontroversi Sharnaaz Ahmad.
“Ini kali ketiga dia mengulangi kesilapan sama. Saya bosan diperlakukan seperti ini. Saya berikan dia masa untuk muhasabah diri, memikirkan kesilapan dilakukannya, tetapi dia pula ambil kesempatan keluar dengan lelaki itu.
Pekin kecewa sikap Uqasha.
“Setiap kali dia berlakon dengan aktor lain, pasti akan timbul ‘cinta lokasi’. Saya ada berjumpa dengan ibu bapanya bagi membincangkan perkara ini, tetapi dia masih tidak berubah walaupun ketika itu dia merayu memohon kemaafan,” kata Pekin ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Cerita Sebenar Mengenai Bibah, di sini, kelmarin.
Pekin bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu dan berharap ia tidak diperbesar-besarkan media. “Tolonglah. Jangan kusutkan lagi keadaan. Saya bingung dan memerlukan masa untuk fikirkan apa yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, Uqasha yang dihubungi semalam berkata, dia terkejut apabila membaca artikel daripada sebuah portal hiburan mengenai isu berkenaan. Gadis berusia 21 tahun itu menyerahkan keputusan di tangan Pekin.

“Biarlah dia berikan kenyataan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan lagi terutama apabila ada perkara yang tidak betul, tapi ‘dibetulkan’. Keputusan ada di tangan dia.
Uqasha didakwa jalin hubungan dengan Sharnaaz.
“Saya sudah bertunang dan tidak lama lagi akan berkahwin, buat apa saya perlu lakukan perkara bodoh seperti itu? Lagipun macam mana masalah selesai kalau dia langsung tidak mahu bercakap dengan saya?” kata Uqasha.

Tidak sempat bertanya lebih lanjut, talian telefon telah dimatikan. Cubaan untuk menghubungi Uqasha gagal apabila panggilan tidak dijawab.
Pasangan ini bertunang pada 6 Julai lalu dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun hadapan bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Pekin.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib