Tuesday, 29 October 2013

75,000 tiket perlawanan akhir dijual esok

Penonton dinasihat beli tiket mengikut saluran yang betul.
Sebanyak 75,000 keping tiket final Piala Malaysia akan dijual mulai esok dengan 30,000 tiket diperuntukkan masing-masing kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sementara bakinya dijual di Stadium Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Datuk Afandi Hamzah berkata, kedua-dua pasukan akan membuat pengumuman hari ini mengenai lokasi penjualan tiket.

“Serentak dengan penjualan tiket di Kelantan dan Pahang, FAM juga akan turut melaksanakan penjualan tiket di Stadium Shah Alam Rabu ini bermula jam 9 pagi.


Stadium Shah Alam venue final Piala Malaysia 2013.
“Harga tiket adalah RM45 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya pada sidang media semalam.

Afandi menasihatkan semua penyokong Pahang dan Kelantan supaya membeli tiket melalui saluran yang betul.

Selain itu, beliau meminta penyokong kedua-dua pasukan mengatur jadual perjalanan masing-masing.


“Oleh kerana final kali ini membabitkan dua pasukan dari Pantai Timur, saya nasihatkan penyokong mengatur jadual perjalanan untuk mengelak daripada terperangkap dengan kesesakan jalan raya,” katanya.-hm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib