Wednesday, 23 October 2013

(6 gambar) Penyanyi Rihanna diarah tinggalkan masjid

Gaya Rihanna ketika bergambar di Masjid Sheikh Zayed Dubai.
Penyanyi terkenal, Rihanna diminta meninggalkan Masjid Sheikh Zayed di sini selepas seorang jurugambar merakamkan beberapa keping gambarnya yang memakai hijab berwarna hitam.

Pihak berkuasa masjid itu membuat penjelasan dalam satu kenyataan bahawa penyanyi berkenaan diminta berbuat demikian kerana beberapa gayanya ketika bergambar dianggap tidak bersesuaian dengan adab ketika berada di sekitar masjid tersebut baru-baru ini.
Masjid itu merupakan salah satu daya tarikan pelan- cong di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Peminat menegur tindakan Rihanna itu.




"Penyanyi itu memasuki sebuah kawasan persendirian tanpa memperkenalkan dirinya," menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan masjid tersebut yang disiarkan kelmarin.
Kenyataan itu menyebut, pihak pentadbiran masjid berkenaan juga tidak menyelaraskan lawatan penyanyi tersebut.

"Dia (Rihanna) diminta meninggalkan masjid itu sebelum dia memasukinya selepas bergambar dengan cara yang tidak sesuai dengan status rumah ibadat berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Gambar tersebut juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat penyanyi itu di laman bergambar Instagram.

"Dia (Rihanna) menganggap sedang berjemur di sebuah pantai di Miami," kata seorang pengguna dalam bahasa Arab.

Penyanyi itu membuat persembahan di sini pada 19 Oktober lalu.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib