Sunday, 8 September 2013

Zandra Aziela, Safiq Rahim bakal berkahwinan tahun depan

Zandra di majlis pertunangan.
RATU boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi telah mengikat tali pertunangan dengan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim (gambar kecil) di kediamannya di Kajang petang semalam.

Zandra, 27, berkata, keputusan itu diambil selepas kedua-dua ahli sukan ini mengenali hati budi masing-masing sebaik berkecimpung dalam bidang sukan berbeza sejak berusia 19 tahun.

"Kami sudah kenal lama sejak berusia 19 tahun sebagai ahli sukan tetapi cinta itu berputik sejak beberapa bulan lalu.

"InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan melangsungkan perkahwinan pada Februari depan," katanya ketika dihubungi semalam.

Begitupun, kelibat Safiq tidak kelihatan kerana pemain berusia 26 tahun itu kini bersama skuad Harimau Malaya yang akan menentang China pada aksi persahabatan, Selasa ini.


Zandra Aziela dan Safiq Rahim akan kahwin tahun depan.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) tersebut, Zandra tanpa berselindung mengakui kegigihan Safiq berjaya mencuri perhatian Zandra."Safiq begitu komited dengan cara dia berkerja. Dia sememangnya seorang individu yang serius ketika menghadapi sesuatu perkara.

"Dari segi bola sepak, saya cukup meminatinya kerana Safiq memang dilahirkan menjadi ketua yang berbakat. Malah, saya yakin dia mampu membimbing saya dengan baik.
"Saya berharap dia akan menjadi 'kapten' dalam hidup saya dengan baik sebagaimana kita mengenali dia sebagai kapten Harimau Malaya," ujarnya berseloroh.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib