Wednesday, 11 September 2013

Termakan pujukan teman Facebook, gadis dirogol hingga hamil

Gadis 16 tahun dirogol dan disahkan hamil 5 bulan.
Perkenalan menerusi laman sosial Facebook akhirnya meninggalkan sejarah hitam buat seorang gadis berusia 16 tahun apabila dia disahkan hamil lima bulan. 

Dalam kejadian Mac lalu, mangsa yang tinggal di Cheras membuat keputusan untuk berjumpa suspek di pekan Meru, di sini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata mangsa kemudian mengikuti lelaki berkenaan ke rumahnya.

“Gerakan dilancarkan bagi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa berkenalan melalui facebook.
Difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis selepas doktor mengesahkan anaknya hamil lima bulan. 

Sumber menyatakan, mangsa pada awalnya mengadu sakit perut sebelum bapanya memaksa dia ke klinik berhampiran. 

“Sejurus pemeriksaan, doktor mengesahkan gadis berkenaan hamil lima bulan dan bapa mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib