Monday, 9 September 2013

Pelakon Nabila Huda terlibat kemalangan di Karak

Nabila Huda dan anak perempuannya Keisha Laila.
Kenderaan yang dinaiki mangsa terbalik di Karak.
Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

“Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.



Bekas suami Nabila Zaidy Zailani menemani Keisha.
Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib