Tuesday, 3 September 2013

Gareth Bale pecah rekod pemain termahal dunia, pintas Ronaldo

Gareth Bale sah bersama Real Madrid.
GARETH Bale muncul pemain bola sepak paling mahal di dunia selepas melengkapkan perpindahan bernilai RM439 juta ke Real Madrid, semalam. Nilai perpindahan itu sekali gus memintas rekod pembelian Cristiano Ronaldo berjumlah RM409 juta pada 2009.

Difahamkan, pemain Wales berusia 24 tahun itu bakal menerima gaji RM1.5 juta seminggu atau RM127 seminit setiap kali beraksi bersama Los Blancos.

Selepas melalui proses panjang, Gareth Bale akhirnya secara rasmi berpindah dari Tottenham Hotspur ke pasukan gergasi La Liga, Real Madrid.

Bale yang memulakan karier bersama kelab Southampton dibeli Spurs hanya dengan harga sekitar RM51 juta pada musim 2007/2008.

Beliau mencapai puncak prestasi pada musim lalu selepas bermain di White Hart Lane sejak enam tahun lalu.

Bale diperkenal kepada penyokong.
Bersama Spurs, bintang Wales itu menyumbang 21 gol dalam 33 perlawanan sepanjang pembabitan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah mempamerkan persembahan luar biasa  membuatkan Real mahu segera mendapatkannya dengan nilai yang tinggi.

Difahamkan, yuran perpindahan penyerang berusia 24 tahun itu mencecah RM439 juta dengan Bale menerima gaji RM1.5 juta seminggu.

Bale ketika ditemu bual media berkata, impiannya menjadi kenyataan selepas mengikat kontrak bersama gergasi Sepanyol itu.

"Saya tahu ramai pemain ingin menyertai Real. Secara jujur, saya katakan impian ini terlaksana dan saya bukan sekadar bermimpi.

"Namun, Tottenham sentiasa di hati dan percaya ini akan menjadi satu musim berjaya  buat mereka.

"Kini, saya tidak sabar meneruskan cabaran baru dalam kehidupan," katanya mengucapkan terima kasih kepada kelab, pengerusi, staf, jurulatih dan pemain Spurs.

Untuk rekod, Bale muncul pemain  pertama Wales bermain bersama Los Merengues.


Trivia
Gareth Bale  bakal terima gaji mingguan sebanyak RM1.5 juta
Agihan Pendapatan:
>RM68 juta setahun
>RM186,000 sehari
>RM7,765 sejam
>RM127 seminit

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib