Monday, 2 September 2013

Fida tenang dikritik peminat pakai baju ketat

Fida Ibrahim memakai baju yang menampakkan bentuk badan.
Isu Fida Ibrahim memakai pakaian yang ketat ketika sesi fotografi bagi mempromosikan produk telah dikritik peminat. Menurut Fida, dia ialah duta bagi produk pelangsingan tersebut dan pastinya baju ketat tersebut dipakai untuk membuktikan keberkesanan. Ini adalah penjelasan beliau.

Fida tidak salahkan peminat yang mengkritiknya.
“Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat.


Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?
Fida ketika sesi fotografi.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib