Tuesday, 17 September 2013

Facebook MB Terengganu Digodam

Datuk Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang menggodam laman Fan PageFacebooknya.
Beliau berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.
"Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.
"Terbaru, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu di sini.
Status di facebook yang mengelirukan orang ramai berhubung isu cuti.
Katanya, pihak pengurusan pejabat Menteri Besar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.
Beliau juga akan membuat laporan polis. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib