Wednesday, 21 August 2013

Pelatih hamil dikecualikan sertai PLKN

Program Latihan Khidmat Negara
Pelatih wanita yang didapati hamil selepas menjalani ujian kehamilan, dikecualikan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermula tiga hari lalu. 

Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit akan dipanggil semula menyertai PLKN jika berlaku keguguran.

“Pihak kami hanya memberi pengecualian penuh kepada pelatih yang mempunyai tanggungjawab menjaga anak, ” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Mesyuarat Kabinet pada 12 Julai lalu memutuskan semua pelatih wanita diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai PLKN. 

Keputusan dibuat selepas perbincangan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Sehubungan itu, kumpulan ketiga PLKN yang memulakan latihan sejak tiga hari lalu, menjadi kumpulan pertama disyaratkan menjalani ujian berkenaan. 
Ditanya sama ada pelatih wanita yang didapati hamil akan diserahkan kepada pihak berkuasa, Abdul Hadi berkata, JLKN tidak bertindak sejauh itu. 

“JLKN hanya ingin memastikan pelatih tidak berdepan dengan sebarang risiko terutama dari aspek keselamatan bukan saja pada pelatih tetapi juga pada kandungan,” katanya.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib