Sunday, 4 August 2013

Khairy mahu FAM banyakkan perlawanan persahabatan

Khairy Jamaluddin
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan negara lain yang bukan yang berstatus kelab bagi menguji kemampuan sebenar Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya dengan cara itu skuad kebangsaan dapat memperbaiki kelemahan selain memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

“Kalau mengikut jadual tahun ini ia tidak betul kerana kita banyak bermain menentang dengan kelab yang boleh dikatakan tidak berada pada tahap kualiti tinggi,” katanya.


Eksperimen Rajagopal dikritik.
Khairy bagaimanapun bersetuju andai skuad negara diberi pendedahan menentang pasukan kelab berkualiti tinggi.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia serta persatuan sukan bekerjasama erat dalam membuat persiapan kontinjen negara ke Sukan Sea 2013 di Myanmar, Disember ini.

“Namun buat masa ini kita masih belum membuat keputusan muktamad berhubung sasaran pingat pada temasya sukan ini kerana kita belum memutuskan kontinjen kita yang bakal dihantar ke kejohanan tersebut,” katanya.-sh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib