Thursday, 4 July 2013

Presiden Morsi digulingkan, tentera Mesir ambil alih

Presiden Morsi digulingkan tentera Mesir.
Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang mengorbankan kir-akira 50 orang ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.

Sisi juga mengumumkan perlembagan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat. – AFP


Penentang kerajaan terus berkumpul beramai-ramai.

Jen. Abdel Fattah berucap selepas rampasan kuasa.

Himpunana besar-besaran di Dataran Tahrir.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib