Tuesday, 18 June 2013

Terengganu, T-Team beraksi waktu malam

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi lampu hijau kepada Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini untuk mengadakan perlawanan Liga Malaysia pada waktu malam.
   
Pemangku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata pihaknya menerima surat rasmi daripada badan induk bola sepak itu yang telah difakskan pada hari ini.
   
Kebenaran itu diperolehi setelah SSINS mematuhi peraturan kecerahan 1,200 Lux untuk lampu limpah seperti yang ditetapkan oleh FAM, katanya kepada Bernama di sini.
   


Kecerahan mencapai 1910 lux.
Sheikh Tajuddin, yang juga Naib Presiden PBSNT, berkata pasukan Liga Super Terengganu dan T-Team tidak perlu lagi bermain pada sebelah petang seperti sebelum ini.
   
Malah, katanya perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Kelantan pada Jumaat ini akan diadakan pada sebalah malam di stdaium berkenaan.

Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM4 juta untuk memasang lampu limpah baru di stadium berkenaan berikutan FAM tidak meluluskan perlawanan Liga Malaysia diadakan pada waktu malam kerana pencahayaan lampu stadium tidak mencapai piawaian.
   
Di bawah pengubahsuaian itu, kuasa lampu limpah di SSINS ditingkatkan daripada 1,000 kepada 1,400 Lux.
   
SSINS adalah antara beberapa stadium yang tidak diluluskan oleh FAM untuk mengadakan perlawanan waktu malam sebelum ini berikutan lampu limpahnya tidak mencapai tahap pencahayaan yang diperlukan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib