Saturday, 8 June 2013

Mayat terperangkap bawah jambatan runtuh berjaya dibawa keluar

Mayat mangsa dibawa keluar.
Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.


"Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.


Menurutnya, kerja mencari akan diteruskan berikutan polis menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap.


"Berdasarkan daripada maklumat orang ramai, kemungkinan masih ada mangsa lain yang terperangkap.


"Oleh itu, kita akan teruskan kerja mencari dan menyelamat untuk mencari mangsa lain sekiranya ada.


"Setakat ini, polis hanya menerima hanya satu laporan kehilangan ahli keluarga iaitu daripada keluarga mangsa manakala laporan lain berhubung kehilangan ahli keluarga tidak kami terima," katanya lagi.


Sementara itu, di lokasi kejadian, abang mangsa yang hadir membuat pengecaman tiba-tiba rebah sebaik melihat mayat dibawa keluar dari bawah runtuhan.-sh







 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib