Sunday, 23 June 2013

Jerebu : Jakarta enggan mohon maaf

Gambar satelit menunjukkan arah angin menuju ke Malaysia.
Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia.

Menteri Luar, Marty Natalegawa menegaskan, kerajaan sedang melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.

“Kerajaan Singapura perlu sedar, kami melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah itu. Kami juga telah berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa tahun lalu dan usaha penambahbaikan juga telah dibuat," katanya.


Jerebu di Muar.
Menurutnya, permohonan maaf itu tidak wajar dilakukan kerana Singapura telah bekerjasama untuk menangani masalah itu termasuk berkongsi maklumat terkini.

“Menteri Alam Sekitar Singapura dihantar ke sini untuk berbincang dalam mencari penyelesaian. Maka itu untuk apa kami perlu memohon maaf,” katanya. - Jakarta Post

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib