Wednesday, 26 June 2013

Adun Kuala Besut meninggal dunia

YB A Rahman Mokhtar
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dilaporkan stabil semalam bagaimanapun menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 10.18 pagi ICU HSNZ dan jenazahnya dijangka dikebumikan di Kuala Besut petang ini.

Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak, Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.

A. Rahman yang dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti Of Philippines di Manila dan telah dilantik menjadi Exco kerajaan negeri sejak 2008.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib