Tuesday, 14 May 2013

Umno anjur solat hajat untuk Datuk Seri Azizan

Datuk Mukhriz Mahathir
Satu majlis bacaan Yassin dan doa solat hajat telah dianjurkan oleh UMNO Negeri Kedah di Masjid Zahir Alor Setar malam tadi.

Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir bertujuan mendoakan kesihatan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini sedang sakit setelah menjalani pembedahan memotong kedua belah kaki beliau pada 9 Mei lalu.

Mengetepikan perbezaan ideologi politik, majlis tersebut turut mengajak rakyat negeri Kedah yang hadir mendoakan kesihatan Adun Sungai Limau Yan itu agar pulih seperti sediakala.

Majlis bacaan Yassin dan solat hajat itu diadakan sejurus selesai solat Maghrib yang diimamkan oleh Mufti Negeri Kedah Datuk Sheikh Badaruddin Hj Ahmad.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim, serta barisan-barisan kepimpinan Umno yang lain.

Turut hadir ialah beberapa wakil rakyat Pas antaranya Datuk Pharolrazi, Datuk Taulan Rasul dan Datuk Ir Amiruddin yang turut sama mendoakan agar kesihatan Azizan kembali pulih dan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat seperti biasa.
-astro awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib