Sunday, 5 May 2013

Tok Maimun ditipu kenalan sendiri semasa PRU13

Tok Maimun sedih ditipu kawan sendiri.

Malang bagi calon tertua, Maimun Yusuf, 94, apabila dia terpaksa pulang berjalan kaki kira-kira satu kilometer ke rumahnya di Kampung Panji Alam selepas menjadi mangsa penipuan kenalannya sendiri. 

Dia yang lebih mesra dipanggil 'Tok Mun' terpaksa berjalan pulang selepas individu yang diupah untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman menghilang dirikan bersama wang upah yang diterima sehari sebelum hari mengundi.

Tok Mun berkata, dia mula risau selepas kenalannya itu tidak muncul-muncul sehingga jam 9.30 pagi sedangkan dia sudah bersiap-siap untuk keluar mengundi seawal jam 7 pagi. 

"Semalam (kelmarin) tok dah bagi duit upah dan dia berjanji untuk datang ambil di rumah jam 9
Berbasikal semasa berkempen.
pagi. Tetapi selepas jam 9.30 bayang-bayangnya pun tak nampak menyebabkan tok terpaksa minta bantuan dari jiran lain untuk hantar ke pusat mengundi. 


"Nampaknya terpaksalah balik jalan kaki sebab dah kena tipu," katanya. 

Maimun Yusof yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu (PO36) tiba di pusat pengundian kira-kira jam 9.40 pagi dan membuang undi pada jam 9.42 pagi. 

Walaupun ramai petugas media yang simpati dan menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, Tok Mun tetap menolak dan bergegas pulang sebaik selesai menunaikan tanggungjawabnya.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib